Powered by Blogger.
RSS

Bismillah 5



Ingat kat arwah Chik (Panggilan utk nenek).. ore kelate laa kato kan..
Masa form 5, sekolah kat kg.. chik selalu bg kata-kata nasihat dan ayat2 al-Quran utk diamalkan.. antaranya Bismillah 5.. fadhilatnya.. Insya Allah.. amalkan jer laa.. apa2 yg baik datangnya dari Allah..

Chik bgtau.. sebagai pelindung diri.. ayat ni pun mama ada jgk bagi.. dulu ada satu buku nota khas utk aku salinkan apa2 ayat yg chik or mama bg utk diamalkan.. tp hilang.. bkn miss place.. tp tertinggal kat rmh lama..
time pindah..  tak sempat nak ambik, kelam kabut n terlupa..

Alhamdulillah.. skrg kan moden.. just tanya2 kat en. Google.. jumpa laa ayat ni..
Alhamdulillah.. sampai skrg .. cuba amalkan.. 


Luvs 
Mama Izz

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.. sampai bila nak hidup macam ni?....

Hurm.. soalan yg diutarakan oleh seorg teman..merangkap kawan..."sampai bila nak hidup macam ni?"
Maksudnya?? Kerja..kerja..kerja.. tapi gaji just cukup-cukup makan.. nak struggle sampai sebulan memang tenat jugak lah.. if boleh bertahan sampai sebulan dgn duit gaji tu.. alhamdulillah.. tp kebiasaannya.. x pernah cukup!!

Bukan mengeluh, tapi bila soalan tu diutarakan.. mmm... jawapannya.. speechless semasa dapat soalan macam tu.. So? Nak buat apa.. ujian dan dugaan dtg bertimpa2.. bkn tak redha dgn perjalanan hidup .. usaha dah.. dgn usia yg dah makin menjangkau 30an.. baru nak bertatih2 untuk bina hidup.. berkorban utk tingkatkan hidup dengan anak2 yg berjauhan..

Jawapannya.. Nak buat apa lagi.. kerja selagi terdaya.. Kerja dengan sepenuh hati.. rezeki Allah yang tentukan.. bukan  berusaha untuk mencari kerja lain dgn tawaran gaji yg tinggi, tp sekiranya duk asyik kejar pekerjaan yang belum tentu lg terjamin.. (sebab semuanya berisiko!) Kerja dgn ikhlas.. Kita rasa kehidupan kita teruk daripada org lain.. tapi mungkin ada yg lagi teruk dari kita.. kenapa kita nak mengeluh n persoalkan .. bila kita serahkan urusan semuanya kepada Allah.. cuba dan usaha sememangnya diperlukan.. dan selebihnya tawakkal.. mungkin bg kita rasa teruk dan bkn terbaik,  tp pd pandangan  Allah, itu yg terbaik utk kita.. supaya kita mendidik hati dan diri jadi lebih sabar dan tabah.. Allah bg ujian utk kita lebih dekat pada Dia.. kerana kita selalu alpa dlm kesenangan.. dn juga.. selalu juga tergelincir ketika kesukaran...
Doakan semoga Allah aturkan yg terbaik utk kita..

Alhamdulillah.. kehidupan aku.. bkn  cukup makan.. boleh lagi bertatih.. cuma nak bangkit makan masa..
Nak berlari.. Insya Allah.. masanya akan tiba.. perit utk tempuh tu ... memang.. kdgkala menitis air mata..Kuatkan semangat..

.. sampai bila nak hidup macam ni???

Jawapan itu.. bkn pd diri ini... semua itu urusan Allah..sbb ia termasuk dlm soal rezeki, jodoh, maut.. Semua Rahsia Allah...


Luvs..
Mama Izz

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2013 - Raya!!


Lambat benor upload pic raya.. kan.. hehehe.. skrg masa terluang banyak.
baru sempat upload..
pic dgn family  dgn boboiboys!! Weeee.....


Adik yg control Ensem!!


Muahxxx... Rindu dgn budok ni!!


Maaf atas segala kekhilafan anakmu yg memang degil!! 





With Papa Adik!!



BoBoiBoys!!! Kuasa 4!!







Luvs
Mama Izzs

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam Ma'al Hijrah...1435H

Selamat tahun baru!!
Alhamdulillah.. Allah masih pinjamkan nyawa dan masih lagi boleh bernafas..

Huh! Tadi rasanya berlegar2 idea nk mengarang.. tetiba hilang...

Rasa terkilan sbb x boleh balik kg this week.. besday Irfan Haziq yg ke-5 tahun.. just wish dlm fon jer..
tetiba bajet larik.. kereta bateri kong.. kenalah berkorban utk kereta tu..

So.. cuti 4 hari duk memerap dlm rumah jer..tak g mana2 pun.. esok dh start keje.. masuk kerja sok, mesti blur2.. hahahah...

Selagi nyawa dikandung badan.. perjuangan harus diteruskan.. yg pasti BANGKIT!!!

Peace No War!!

Lot Of Luvs
~Mama Izzs~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ulangtahun PERCERAIAN...

Alhamdulillah.. segala puji bg Allah s.w.t..genap setahun aku bergelar SINGLE MAMA..
aku pun tak sangka.. Allah aturkan hidup.. dan aku tempuhinya.. Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...

Bila baca tajuk .. mcm bangga dan gembira je kan sambut 'ulangtahun perceraian 1st year' ..
aku pun mmg x sangka.. berkat doa mama, keluarga, kawan2.. dgn izin Allah, aku mampu bertahan hingga kini,masa depan tak perlu diangankan.. cuma impikan dan doakan yang terbaik.

Bukan utk menunjuk2 bahawa perceraian itu langkah terbaik.. itu bg aku mmg langkah yg terbaik.. bg yg boleh selamatkan rumahtangga.,,jgn sekali-kali terfikir utk bercerai, usahakan dan doa smg anda semua tidak menempuhinya. Sekiranya, Allah aturkan jlnnya begini,Allah ada perancangan yg terbaik untuk setiap hamba-Nya.

Speechless jap.. hehehe.. tetiba idea larikk ntah ke mana..
lain kali kita sambung cite k..

^_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rindu yang terlerai... cuma seketika... ^^

Dua minggu berturut-turut balik kg.. seronok sgt2...
Dapat jumpa mama, abah & lain2.. terutama 4 hero permata hati..
Kebetulan, minggu pertama balik, my ex-MIL singgah ke rmh dengan 2 hero pujaan hati yang makin membesar .. bijak.. ensem.. hehehe.. (saper lg nk puji kan.. anak sendiri..)
Rindu sangat nak 'berperang' n kejar2 dgn diorg.. tp sekejap je laa dpt jumpa.. huhuhuhuh... apa2 pun.. alhamdulillah.. sempat jgk bergambar dgn diorg.. tp kelabu laa sikit, sbb Acik nya amik gun henpon jer.. uhukss!!
 
 
 Picture yang x ready.. snap jer laa.. huhuhu 
 
 
 Suka sgt time ni.. Miss them so Much!!
 
 

 Ready....


Yg ni Picture yg di snap oleh mak uda diorg.. balik last week ngikut pak uda n mak uda yg kebetulan nk balik kg... hehehehe

 Budak Chomell
 
 


 Irfan Haziq dgn comelnyer senyum..
hehehe.. dgn Adam, Amoi Qistina, Andak & Mak uda..
 

 
My Ensem Boy.. yg manja.. MUaahxxx... <3

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila.....

Semuanya melibatkan hati dan perasaan.. sama ada kerja, kehidupan seharian, keluarga, kawan-kawan...
Bila hati dan perasaan terselit tidak puas hati, tindakan dan tingkah laku akan automatik & spontan dipamerkan dan diterjemahkan.

Situasi seperti majikan tak keluarkan gaji tepat pada masanya.. terlambat.. elaun tertunggak, entah bila boleh terima.. memang terus pekerja akan merasa syarikat tidak dpt berikan jaminan utk bekerja di situ..

Macam situasi aku skrg ni aa..
Bila gaji tak tetap tarikhnya. sedangkan komitmen kewangan aku yg tinggi tiap2 bulan.. mana nk byr kereta, rumah, anak2.. (bukan mengeluh dan bukan tidak bersyukur..) dengan ekonomi sekarang, aku perlukan kerja yg betul2 dpt berikan aku jaminan dan rasa 'secure'..
tiap2 bulan... aku terkejar2 dgn bil semasa.. bil tetap.. terpaksa berhutang sakan..
Dapat gaji, bayar hutang.. Bila aku betul2 nak buat financial planning.. terpaksa berubah2 tiap bulan bila gaji mmg lambat..

Sekrang tgh berusaha cari kerja yg lain.. jd job hunter jap.. hehehe

pengalaman hidup.. dah usia cam ni sibuk carik kerja.. kawan2 yg sebaya dgn aku, dah ada kerja tetap pun..

Apa yg aku tempuh sekarang.. semuanya pengalaman kan?

Alhamdulillah..

Luv
Mama Izz's

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Keredaan Allah terhadap Ahli Syurga

Daripada Abu Sa'id al-Khudri, Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksu:

"Allah berfirman kepada ahli syurga, maksudnya:' Wahai ahli syurga.'
Mereka menjawab:' Kami memenuhi panggilan-Mu wahai Tuhan kami. Kebahagian daripada-Mu dan kebaikan atas kekuasaan-Mu.'

Allah bertanya, maksudnya:' Adakah kamu reda?' Mereka menjawab:' Mengapa kami tidak reda wahai Tuhan kami. Engkau telah memberikan kepada kami apa=apa yang belum pernah Engkau berikan kepada seorang pun daripada makhluk-Mu.'

Allah berfirman lagi yang bermaksud:' Tahukah kalian, sesungguhnya Aku memberikan yang lebih baik daripada itu kepada kalian?' Mereka bertanya dengan hairan: Wahai Tuhanku, wujudkah sesutau yang lebih baik daripada itu?'

Firman Allah, maksudnya:' Aku perkenankan reda-Ku kepada kalian , dan Aku tidak akan murka kepada kalian selepas itu selama-lamanya."'

~~Riwayat al-Bukhari dan Muslim~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Memudahkan dan Memaafkan Orang Lain

Daripada Abu Mas'ud, Rasulullah s.a.w. bersabda:

" Seseorang daripada umat sebelum kalian dihisab, ternyata tidak didapati padanya suatu kebajikan pun kecuali dia pernah bergaul dengan manusia dan seorang yang memudahkan (orang lain). Dia memerintahkan budak suruhannya supaya memaafkan orang yang berada dalam kesulitan. Kemudian, Allah berfirman yg bermaksud :'Kami lebih berhak dengan perkara itu daripadanya, ampunilah dosanya.'"

~~Riwayat Muslim~~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Interview...

Usia dah injak 33 tahun.. still kena interview jgk.. still mencari kerja2 yg bersesuaian dgn pengalaman dan kelayakan..

Memang spoil la kalau bab di interview ni, dr muda sampai skrg, gabra manjang.. huhuhu... mula lah nebes, sakit perut, sejuk kaki tangan.. mcm x pernah kena interview... aishs laa...itulah kelemahan paling ketara, memang takut bebenor nk gi interview..

Hehehe.. tapi lega jgk la hr ni.. yg gambar hr ni, interview jd PA.. tak penah dlm idup jd PA.. uhukss... sampai skrg duk keje bahagian admin je.. ape mende laa aku jawab td, main jawab jer.. kire separuh hati je la menjawab interview.. tu lah salah satu utk gagal di terima kerja.. ehekss! Berdebar kemain lagi td.. masuk dlm bilik interview.. wat muka poyo, yg paling best & tarik nafas sbb dlm bahasa melayu.. hehehehe... memang aku belasah je laa ..kalau English.. lg meraban aku ber'speaking'.. ngeh ngeh ngeh..

Agak2 laa kan.. keje dah biasa jawatan admin, g interview PA.. vangang mende lak aku ni aa.. main redah jer mintak keje.. tu yg mcm tak yakin dpt keje tu aa.. tp nak keje.. wawawawa... nak nunggu jwpn dlm ms seminggu pulak tu.. naya jer..

Lepas g interview.. gi redah pulak bandar Kajang tu semata-mata Job Fare.. kat hotel Oriental.. ramai sgt2.. tp jawatan memang x ada yg sesuai utk aku pun.. yg ada jawatan Akaun.. Aina jer laa.. Opssstt..lupa nak cerita ttg Aina.. Housemate merangkap Officemate aku.. g mana-mana.. org kata adik beradik, satu kes.. pic yg jd talent.. ada plk yg kata kembar.. hehehe.. ntah mana tang kembar pun tak tau aa..

So balik keje.. ngadap le citer korea.. sanggup laa x kuar g makan, order delivery jer laa .. hehehe.. mana tak makin bambam..

Esok.. x sabar menunggu my heroes boboiboy dtg.. Yeayyyy!!!...


Luv

Mama Izz's

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tip-tip Cinta Muda ketika Tua

Just nk share ... dari buku CINTA KERANA ALLAH ~Pahrol Mohamad Juoi


  1. Beristiqamah ketika solat berjemaah dengan pasangan. Carilah kaedah bersama untuk menguatkan hubungan dengan Allah
  2. Jangan abaikan makan bersama di rumah. Jika boleh, sekali sekala makanlah dalm satu bekas yg sama
  3. Berkebun atau memasak bersama
  4. Berkongsi hobi atau minat bersama
  5. Luangkan masa berjalan-jalan, memandu bersama pasangan
  6. Bercerita sambil mengimbau kenangan-kenangan manis bersama
  7. Lawati semula tempat-tempat yg menjadi nostalgis bersama seperti masjid di mana anda diijabkabulkan, lokasi tempat anda berbulan madu dan sebagainya
  8. Menziarahi orang yang pernah berjasa dan berbudi dalam kehidupan anda berdua sama ada pada awal usia perkahwinan atau masa kini
  9. Baca, lihat, tonton semula majalah, album gambar atau filem-filem yg boleh mengembalikan kenangan manis bersama
  10. Menziarahi pusara ahli keluarga atau sahabat-sahabat rapat anda berdua
  11. Sekali sekala buat kejutran dengan memberikan hadiah, kad ucapan , sekuntum bungan atau jemputan makan di luar...
Ini antara tip-tip yg boleh di amalkan.. boleh juga cari dan fikir alternatif yg lain, yg mana ikut keselesaan pasangan kan, yg mana baik utk mengekalkan perhubungan dan mencambahkan serta mengekalkan kasih sayang..yg penting mengikut kemampuan masing-masing...


Luv
Mama Izz's

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tip Memiliki Syurga Dunia di Alam Rumah Tangga

Sumber yg mama Izz's baca dlm sebuah buku koleksi mama Izz's... Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul, hasil karya  Fatimah Syarha Mohd Noordin, buku ni mama Izz's dah lama beli.. 07 Mei 2012.. antara buku kesayangan.. Walaupun, dah bergelar Single Mama.. tak salah kan utk sharekan sesuatu yang berguna..

Antara tip-tip yang diberikan:

  • Menjaga Keberkatan
  • Memanjakan pasangan dengan panggilan yang disukai
  • Selalu berkongsi rasa dan cinta
  • Bersegera memenuhi permintaannya
  • Setia mendampinginya
  • Memberikan penjelasan dan menuturkan kata-kata manis
  • Bersedia mengubah perilaku atau tabiat kebiasaan
  • Menghidupkan salam
  • Menelefon untuk menyatakan rindu
  • Sering mengungkapkan perasaan cinta
  • Tidak lokek mengucapkan terima kasih
  • Bergurau senda dan bercanda, bermain dan bercengkerama
  • Memuji dan menyanjung
  • Mencipta syair atau puisi istimewa
  • Memberi pernghargaan dengan ikhlas
  • Saling berkirim e-mel, SMS
  • Memberi hadiah
  • Berpisah sementara dan menikmati rindu
  • Membantu pekerjaan rumah tangga
  • Berhias
  • Melayan dengan baik
  • Memberi perhatian kepada keluarga mentua
  • Memberi ucapan selamat jalan dan selamat pulang
  • Memujuk pasangan apabila sedang beremosi
  • Mencintainya sepenuh hati dan mempamerkannya
  • Mengunjungi kerabat dan sahabat
  • Mengambil berat ketika dia sakit
  • Meminta pertolongan dengan cara yang baik
  • Disiplin terhadap waktu
  • Keseimbangan terhadap waktu ketika di rumah
  • Berakhlak baik
  • Berpada dan reda dengan apa yang ada
  • Taat pada pasangan
  • Menunjukkan contoh yang baik
  • Selalu menambah rasa cinta



Luv

Mama Izz's

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Doa Hilangkan Sakit atau Pening Kepala...

Hurmm...pening kepala dtg smula... Alhamdulillah.. rasa sakit tu sekali sekala buat kita sedar
nikmatnya waktu sihat..Ni kali kedua kena sakit kepala mcm ni bulan ni. Hr tu, gi jumpa doctor,
katanya stress... yer laa kot...^_^

So.. di samping kita ikhtiar cara ubat-ubatan utk kurangkan sakit kepala..
Apa kata.. bila sakit kepala kita baca doa ni... In Shaa Allah..




Luv 
Mama Izz's

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buat Bakal Suami...

Sekiranya,

Kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.

Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang 
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.

~~Sajak Aminah Qutb~~
Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul
Fatimah Syarha Mohd Nordin

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Me.. Rindu boboiboys so MUCH!!

Rasa lama sgt terpisah dgn hero2 kesayangan hati.. yg selalu buat mama kdg kala hilang kawalan, berat sgt hati ini.. tp keadaan memaksa.. tak boleh salahkan sesiapa.. mama yg tak mampu  dan keadaan mama yg tak stabil, buatkan anak-anak mama.. hero pengubat hati mama terpaksa bersekolah kat kampung..

Abg Izz & Mirza.. mama rindu sangat.. dan hampir 3 bulan mama x jumpa.. hanya berbual dlm telefon jer..
itu pun waktu malam.. atau keadaan mengizinkan.. tp maafkan mama, kadang2 mama terlupa.. tp mama cuba hubungi anak2 mama sekerap yg mungkin..tiap kali tilik gambar dlm fb.. dlm album (folder) yg mama simpab pic anak2 mama.. buat mama rasa terlalu ngilu hati ini..

Macam mana yer wajah abg Izz dan Mirza.. ? Hanya suara je mama dgr.. rindu sangat..
Irfan Haziq & bby Asyraf.. mama dah hampir sebulan x jumpa.. tp jarak tak jauh utk mama jenguk sekali skala.. berbanding abg Izz & Mirza yg sekolah kat kg Nenek & atuk di Kelantan..Semalam mama call.. Mirza menangis.. nk duduk dgn mama.. Abg Izz pun sama.. tiap kali telefon.. kerap abg Izz & Mirza ulang pertanyaan yg sama.. bila mama nak ambil abg & Mirza.. jiwa mama ni rapuh.. ngilu,,, tertusuk hati ni ..
mama tak tahu nk ckp macam mana dah.. Hanya doa yg dpt mama himpunkan.. dan sentiasa berdoa smg Allah kurniakan kita jalan keluar dr kemelut ini.. Impian mama... ingin bersama kembali dgn 4 org hero hati mama.. peneman hidup mama..

Hanya doa yg  mama mampu titipkan utk anak2 mama.. semoga Allah sentiasa melindungi anak-anak mama di mana shj berada.. dan smg anak2 mama membesar jd anak-anak yg soleh.. serta sematkan dlm diri & jiwa keimanan yg tinggi.. ketahuilah mama amat merindui anak-anak mama..
In shaa Allah.. semoga Allah aturkan yg terbaik utk kita.. perancangan Allah hebat.. cuba kita perlu sabar & redha..

Mama yakin, satu hari nanti kita bersama kembali.. mama sentiasa rindukan gelak ketawa.. menangis, rajuk manja.. keletah anak-anak mama... yg sentiasa meminta mama sediakan makanan kesukaan masing-masing..

Mama rindu...
Mama rindu utk berkejar2 dgn anak-anak mama
Mama rindukan kenakalan & kepetahan Irfan Haziq
Mama rindukan Mirza yg rajuk manja
Mama rindukan abg Izz yg sentiasa caring adik-adik..
Mama rindu Asyraf yg manja.. comel
Mama rindukan anak-anak mama...
Apa pun yg terjadi.. berlaku.. ketahuilah mama amat menyayangi anak-anak mama...







Luv

Mama Izz's

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Maaf.. dendam yg terIndah!

Di petik dr buku yg dibaca dan dlm koleksi peribadi.. CINTA KERANA ALLAH oleh Pahrol Mohamad Juoi..

"Hidup ini singkat untuk membenci..
Maafkan pasangan hidup kita sepertimana kita memaafkan diri sendiri. Kesalahannya yang besar sekalipun wajar dimaafkan apatah lagi yg sengaja dibesar-besarkan oleh kita sendiri.."

Boleh diaplikasikan dlm hidup seharian.. bkn hanya pasangan kan?
Maafkan org sekeliling.. kawan-kawan.. sepertimana kita juga mengharapkan diri dimaafkan..
Kesalahan tanpa sengaja atau tidak.. kata-kata yg terucap tanpa sedar mengguris perasaan, memberi pendapat yang kadangkala 'sentap'kan sahabat handai..bergurau sehingga terlupa ianya menyebabkan insan yg berdampingan dengan kita tercalar emosi..

'Kemaafan itu umpama salju .. Ia memadamkan api kemarahan yang membakar diri mu.."

Melalui pengalaman sendiri..
Memaafkan itu umpama melepas dan membuang satu beban yang di galas..
Hingga terlupa.. apa kesalahan yg dilakukan yg menyebabkan kita terguris...
Memaafkan bukan bererti melupakan..
Tetapi.. memaafkan adalah satu dendam yg terindah.. bkn dendam yg menyatakan kebencian..
Ianya adalah kerana kasih .. seperti kita kasihkan diri kita sendiri..
Walaupun sukar untuk memaafkan, cuba katakan pada diri.. aku wajib memaafkan!


Luv
Mama Izz's

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari ini....

Dah lama tak berblog.. mcm 'cool blog'.. tp yg ni blog terbaru.. kirenya, tutup blog lama.. bukak blog baru!
Cheewaaahh!! Macam tutup buku lama bukak buku baru..

So, ni 1st post utk blog yg terbaru ni...
Harap2 dpt laa rajinkan diri update blog yg chomeii ni aa..

Luv
Mama Izz's

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS