Powered by Blogger.
RSS

Keredaan Allah terhadap Ahli Syurga

Daripada Abu Sa'id al-Khudri, Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksu:

"Allah berfirman kepada ahli syurga, maksudnya:' Wahai ahli syurga.'
Mereka menjawab:' Kami memenuhi panggilan-Mu wahai Tuhan kami. Kebahagian daripada-Mu dan kebaikan atas kekuasaan-Mu.'

Allah bertanya, maksudnya:' Adakah kamu reda?' Mereka menjawab:' Mengapa kami tidak reda wahai Tuhan kami. Engkau telah memberikan kepada kami apa=apa yang belum pernah Engkau berikan kepada seorang pun daripada makhluk-Mu.'

Allah berfirman lagi yang bermaksud:' Tahukah kalian, sesungguhnya Aku memberikan yang lebih baik daripada itu kepada kalian?' Mereka bertanya dengan hairan: Wahai Tuhanku, wujudkah sesutau yang lebih baik daripada itu?'

Firman Allah, maksudnya:' Aku perkenankan reda-Ku kepada kalian , dan Aku tidak akan murka kepada kalian selepas itu selama-lamanya."'

~~Riwayat al-Bukhari dan Muslim~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment