Powered by Blogger.
RSS

Maaf.. dendam yg terIndah!

Di petik dr buku yg dibaca dan dlm koleksi peribadi.. CINTA KERANA ALLAH oleh Pahrol Mohamad Juoi..

"Hidup ini singkat untuk membenci..
Maafkan pasangan hidup kita sepertimana kita memaafkan diri sendiri. Kesalahannya yang besar sekalipun wajar dimaafkan apatah lagi yg sengaja dibesar-besarkan oleh kita sendiri.."

Boleh diaplikasikan dlm hidup seharian.. bkn hanya pasangan kan?
Maafkan org sekeliling.. kawan-kawan.. sepertimana kita juga mengharapkan diri dimaafkan..
Kesalahan tanpa sengaja atau tidak.. kata-kata yg terucap tanpa sedar mengguris perasaan, memberi pendapat yang kadangkala 'sentap'kan sahabat handai..bergurau sehingga terlupa ianya menyebabkan insan yg berdampingan dengan kita tercalar emosi..

'Kemaafan itu umpama salju .. Ia memadamkan api kemarahan yang membakar diri mu.."

Melalui pengalaman sendiri..
Memaafkan itu umpama melepas dan membuang satu beban yang di galas..
Hingga terlupa.. apa kesalahan yg dilakukan yg menyebabkan kita terguris...
Memaafkan bukan bererti melupakan..
Tetapi.. memaafkan adalah satu dendam yg terindah.. bkn dendam yg menyatakan kebencian..
Ianya adalah kerana kasih .. seperti kita kasihkan diri kita sendiri..
Walaupun sukar untuk memaafkan, cuba katakan pada diri.. aku wajib memaafkan!


Luv
Mama Izz's

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment