Powered by Blogger.
RSS

Keredaan Allah terhadap Ahli Syurga

Daripada Abu Sa'id al-Khudri, Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksu:

"Allah berfirman kepada ahli syurga, maksudnya:' Wahai ahli syurga.'
Mereka menjawab:' Kami memenuhi panggilan-Mu wahai Tuhan kami. Kebahagian daripada-Mu dan kebaikan atas kekuasaan-Mu.'

Allah bertanya, maksudnya:' Adakah kamu reda?' Mereka menjawab:' Mengapa kami tidak reda wahai Tuhan kami. Engkau telah memberikan kepada kami apa=apa yang belum pernah Engkau berikan kepada seorang pun daripada makhluk-Mu.'

Allah berfirman lagi yang bermaksud:' Tahukah kalian, sesungguhnya Aku memberikan yang lebih baik daripada itu kepada kalian?' Mereka bertanya dengan hairan: Wahai Tuhanku, wujudkah sesutau yang lebih baik daripada itu?'

Firman Allah, maksudnya:' Aku perkenankan reda-Ku kepada kalian , dan Aku tidak akan murka kepada kalian selepas itu selama-lamanya."'

~~Riwayat al-Bukhari dan Muslim~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Memudahkan dan Memaafkan Orang Lain

Daripada Abu Mas'ud, Rasulullah s.a.w. bersabda:

" Seseorang daripada umat sebelum kalian dihisab, ternyata tidak didapati padanya suatu kebajikan pun kecuali dia pernah bergaul dengan manusia dan seorang yang memudahkan (orang lain). Dia memerintahkan budak suruhannya supaya memaafkan orang yang berada dalam kesulitan. Kemudian, Allah berfirman yg bermaksud :'Kami lebih berhak dengan perkara itu daripadanya, ampunilah dosanya.'"

~~Riwayat Muslim~~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Interview...

Usia dah injak 33 tahun.. still kena interview jgk.. still mencari kerja2 yg bersesuaian dgn pengalaman dan kelayakan..

Memang spoil la kalau bab di interview ni, dr muda sampai skrg, gabra manjang.. huhuhu... mula lah nebes, sakit perut, sejuk kaki tangan.. mcm x pernah kena interview... aishs laa...itulah kelemahan paling ketara, memang takut bebenor nk gi interview..

Hehehe.. tapi lega jgk la hr ni.. yg gambar hr ni, interview jd PA.. tak penah dlm idup jd PA.. uhukss... sampai skrg duk keje bahagian admin je.. ape mende laa aku jawab td, main jawab jer.. kire separuh hati je la menjawab interview.. tu lah salah satu utk gagal di terima kerja.. ehekss! Berdebar kemain lagi td.. masuk dlm bilik interview.. wat muka poyo, yg paling best & tarik nafas sbb dlm bahasa melayu.. hehehehe... memang aku belasah je laa ..kalau English.. lg meraban aku ber'speaking'.. ngeh ngeh ngeh..

Agak2 laa kan.. keje dah biasa jawatan admin, g interview PA.. vangang mende lak aku ni aa.. main redah jer mintak keje.. tu yg mcm tak yakin dpt keje tu aa.. tp nak keje.. wawawawa... nak nunggu jwpn dlm ms seminggu pulak tu.. naya jer..

Lepas g interview.. gi redah pulak bandar Kajang tu semata-mata Job Fare.. kat hotel Oriental.. ramai sgt2.. tp jawatan memang x ada yg sesuai utk aku pun.. yg ada jawatan Akaun.. Aina jer laa.. Opssstt..lupa nak cerita ttg Aina.. Housemate merangkap Officemate aku.. g mana-mana.. org kata adik beradik, satu kes.. pic yg jd talent.. ada plk yg kata kembar.. hehehe.. ntah mana tang kembar pun tak tau aa..

So balik keje.. ngadap le citer korea.. sanggup laa x kuar g makan, order delivery jer laa .. hehehe.. mana tak makin bambam..

Esok.. x sabar menunggu my heroes boboiboy dtg.. Yeayyyy!!!...


Luv

Mama Izz's

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tip-tip Cinta Muda ketika Tua

Just nk share ... dari buku CINTA KERANA ALLAH ~Pahrol Mohamad Juoi


  1. Beristiqamah ketika solat berjemaah dengan pasangan. Carilah kaedah bersama untuk menguatkan hubungan dengan Allah
  2. Jangan abaikan makan bersama di rumah. Jika boleh, sekali sekala makanlah dalm satu bekas yg sama
  3. Berkebun atau memasak bersama
  4. Berkongsi hobi atau minat bersama
  5. Luangkan masa berjalan-jalan, memandu bersama pasangan
  6. Bercerita sambil mengimbau kenangan-kenangan manis bersama
  7. Lawati semula tempat-tempat yg menjadi nostalgis bersama seperti masjid di mana anda diijabkabulkan, lokasi tempat anda berbulan madu dan sebagainya
  8. Menziarahi orang yang pernah berjasa dan berbudi dalam kehidupan anda berdua sama ada pada awal usia perkahwinan atau masa kini
  9. Baca, lihat, tonton semula majalah, album gambar atau filem-filem yg boleh mengembalikan kenangan manis bersama
  10. Menziarahi pusara ahli keluarga atau sahabat-sahabat rapat anda berdua
  11. Sekali sekala buat kejutran dengan memberikan hadiah, kad ucapan , sekuntum bungan atau jemputan makan di luar...
Ini antara tip-tip yg boleh di amalkan.. boleh juga cari dan fikir alternatif yg lain, yg mana ikut keselesaan pasangan kan, yg mana baik utk mengekalkan perhubungan dan mencambahkan serta mengekalkan kasih sayang..yg penting mengikut kemampuan masing-masing...


Luv
Mama Izz's

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tip Memiliki Syurga Dunia di Alam Rumah Tangga

Sumber yg mama Izz's baca dlm sebuah buku koleksi mama Izz's... Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul, hasil karya  Fatimah Syarha Mohd Noordin, buku ni mama Izz's dah lama beli.. 07 Mei 2012.. antara buku kesayangan.. Walaupun, dah bergelar Single Mama.. tak salah kan utk sharekan sesuatu yang berguna..

Antara tip-tip yang diberikan:

  • Menjaga Keberkatan
  • Memanjakan pasangan dengan panggilan yang disukai
  • Selalu berkongsi rasa dan cinta
  • Bersegera memenuhi permintaannya
  • Setia mendampinginya
  • Memberikan penjelasan dan menuturkan kata-kata manis
  • Bersedia mengubah perilaku atau tabiat kebiasaan
  • Menghidupkan salam
  • Menelefon untuk menyatakan rindu
  • Sering mengungkapkan perasaan cinta
  • Tidak lokek mengucapkan terima kasih
  • Bergurau senda dan bercanda, bermain dan bercengkerama
  • Memuji dan menyanjung
  • Mencipta syair atau puisi istimewa
  • Memberi pernghargaan dengan ikhlas
  • Saling berkirim e-mel, SMS
  • Memberi hadiah
  • Berpisah sementara dan menikmati rindu
  • Membantu pekerjaan rumah tangga
  • Berhias
  • Melayan dengan baik
  • Memberi perhatian kepada keluarga mentua
  • Memberi ucapan selamat jalan dan selamat pulang
  • Memujuk pasangan apabila sedang beremosi
  • Mencintainya sepenuh hati dan mempamerkannya
  • Mengunjungi kerabat dan sahabat
  • Mengambil berat ketika dia sakit
  • Meminta pertolongan dengan cara yang baik
  • Disiplin terhadap waktu
  • Keseimbangan terhadap waktu ketika di rumah
  • Berakhlak baik
  • Berpada dan reda dengan apa yang ada
  • Taat pada pasangan
  • Menunjukkan contoh yang baik
  • Selalu menambah rasa cinta



Luv

Mama Izz's

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Doa Hilangkan Sakit atau Pening Kepala...

Hurmm...pening kepala dtg smula... Alhamdulillah.. rasa sakit tu sekali sekala buat kita sedar
nikmatnya waktu sihat..Ni kali kedua kena sakit kepala mcm ni bulan ni. Hr tu, gi jumpa doctor,
katanya stress... yer laa kot...^_^

So.. di samping kita ikhtiar cara ubat-ubatan utk kurangkan sakit kepala..
Apa kata.. bila sakit kepala kita baca doa ni... In Shaa Allah..




Luv 
Mama Izz's

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buat Bakal Suami...

Sekiranya,

Kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.

Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang 
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.

~~Sajak Aminah Qutb~~
Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul
Fatimah Syarha Mohd Nordin

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Me.. Rindu boboiboys so MUCH!!

Rasa lama sgt terpisah dgn hero2 kesayangan hati.. yg selalu buat mama kdg kala hilang kawalan, berat sgt hati ini.. tp keadaan memaksa.. tak boleh salahkan sesiapa.. mama yg tak mampu  dan keadaan mama yg tak stabil, buatkan anak-anak mama.. hero pengubat hati mama terpaksa bersekolah kat kampung..

Abg Izz & Mirza.. mama rindu sangat.. dan hampir 3 bulan mama x jumpa.. hanya berbual dlm telefon jer..
itu pun waktu malam.. atau keadaan mengizinkan.. tp maafkan mama, kadang2 mama terlupa.. tp mama cuba hubungi anak2 mama sekerap yg mungkin..tiap kali tilik gambar dlm fb.. dlm album (folder) yg mama simpab pic anak2 mama.. buat mama rasa terlalu ngilu hati ini..

Macam mana yer wajah abg Izz dan Mirza.. ? Hanya suara je mama dgr.. rindu sangat..
Irfan Haziq & bby Asyraf.. mama dah hampir sebulan x jumpa.. tp jarak tak jauh utk mama jenguk sekali skala.. berbanding abg Izz & Mirza yg sekolah kat kg Nenek & atuk di Kelantan..Semalam mama call.. Mirza menangis.. nk duduk dgn mama.. Abg Izz pun sama.. tiap kali telefon.. kerap abg Izz & Mirza ulang pertanyaan yg sama.. bila mama nak ambil abg & Mirza.. jiwa mama ni rapuh.. ngilu,,, tertusuk hati ni ..
mama tak tahu nk ckp macam mana dah.. Hanya doa yg dpt mama himpunkan.. dan sentiasa berdoa smg Allah kurniakan kita jalan keluar dr kemelut ini.. Impian mama... ingin bersama kembali dgn 4 org hero hati mama.. peneman hidup mama..

Hanya doa yg  mama mampu titipkan utk anak2 mama.. semoga Allah sentiasa melindungi anak-anak mama di mana shj berada.. dan smg anak2 mama membesar jd anak-anak yg soleh.. serta sematkan dlm diri & jiwa keimanan yg tinggi.. ketahuilah mama amat merindui anak-anak mama..
In shaa Allah.. semoga Allah aturkan yg terbaik utk kita.. perancangan Allah hebat.. cuba kita perlu sabar & redha..

Mama yakin, satu hari nanti kita bersama kembali.. mama sentiasa rindukan gelak ketawa.. menangis, rajuk manja.. keletah anak-anak mama... yg sentiasa meminta mama sediakan makanan kesukaan masing-masing..

Mama rindu...
Mama rindu utk berkejar2 dgn anak-anak mama
Mama rindukan kenakalan & kepetahan Irfan Haziq
Mama rindukan Mirza yg rajuk manja
Mama rindukan abg Izz yg sentiasa caring adik-adik..
Mama rindu Asyraf yg manja.. comel
Mama rindukan anak-anak mama...
Apa pun yg terjadi.. berlaku.. ketahuilah mama amat menyayangi anak-anak mama...







Luv

Mama Izz's

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Maaf.. dendam yg terIndah!

Di petik dr buku yg dibaca dan dlm koleksi peribadi.. CINTA KERANA ALLAH oleh Pahrol Mohamad Juoi..

"Hidup ini singkat untuk membenci..
Maafkan pasangan hidup kita sepertimana kita memaafkan diri sendiri. Kesalahannya yang besar sekalipun wajar dimaafkan apatah lagi yg sengaja dibesar-besarkan oleh kita sendiri.."

Boleh diaplikasikan dlm hidup seharian.. bkn hanya pasangan kan?
Maafkan org sekeliling.. kawan-kawan.. sepertimana kita juga mengharapkan diri dimaafkan..
Kesalahan tanpa sengaja atau tidak.. kata-kata yg terucap tanpa sedar mengguris perasaan, memberi pendapat yang kadangkala 'sentap'kan sahabat handai..bergurau sehingga terlupa ianya menyebabkan insan yg berdampingan dengan kita tercalar emosi..

'Kemaafan itu umpama salju .. Ia memadamkan api kemarahan yang membakar diri mu.."

Melalui pengalaman sendiri..
Memaafkan itu umpama melepas dan membuang satu beban yang di galas..
Hingga terlupa.. apa kesalahan yg dilakukan yg menyebabkan kita terguris...
Memaafkan bukan bererti melupakan..
Tetapi.. memaafkan adalah satu dendam yg terindah.. bkn dendam yg menyatakan kebencian..
Ianya adalah kerana kasih .. seperti kita kasihkan diri kita sendiri..
Walaupun sukar untuk memaafkan, cuba katakan pada diri.. aku wajib memaafkan!


Luv
Mama Izz's

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari ini....

Dah lama tak berblog.. mcm 'cool blog'.. tp yg ni blog terbaru.. kirenya, tutup blog lama.. bukak blog baru!
Cheewaaahh!! Macam tutup buku lama bukak buku baru..

So, ni 1st post utk blog yg terbaru ni...
Harap2 dpt laa rajinkan diri update blog yg chomeii ni aa..

Luv
Mama Izz's

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS