Powered by Blogger.
RSS

INILAH JALAN YANG LURUS...

"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus."
Entah berapa ribu kali kita memohon kepada Allah. Bayangkan jika kini berusia 40 tahun dan mula mengerjakan solat pada usia 15 tahun, bermakna kita telah memohon sebanyak 155,125 kali!

Apakah status permohonan kita itu? Yang pasti Allah tidak mensia-siakan doa hamba-Nya;
"Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan." ~Ghafir 40:60.

Jika ada seseorang yang meminta bantuan kita berulang-ulang kali, lambat laun akan kasihan juga kita kepadanya lalu memenuhi hajatnya. Inikan pula Allah yang Maha Pengasih.
Bagaimanapun kenapa keadaan kita masih tidak berubah?
Masih malas membuat kebaikan, semakin pantas pula mendekati kejahatan.

When you ask, listen!
Apabila kita meminta sesuatu nasihat, pandangan atau tunjuk ajar, dengar baik-baik. Amat tidak wajar sekali apabila nasihat yang dipinta diberikan, kita buat tidak endah sahaja. Demikian panduan komunikasi sesama manusia.

Begitu juga dalam hubungan dengan Allah. Malangnya kita sering meminta kepada-Nya, tetapi apabila ditunjukkan kita sendiri mensia-siakannya. Jawapan Allah tidak kita dengar. Jalan yang ditunjuki tidak diikuti. Teladan yang ditetapkan telah kita pinggirkan. 

Mengapa demikian??


~~Imbasan Solusi 7; Inilah jalan yang lurus~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment